Sunday, 30 March 2014
Sambungan Cerita Kura-Kura dan Arnab! Bestzzz
Pernahkah kita dengar cerita perlumbaan si kura-kura dan si arnab? Pastinya semua pernah! Cerita best macam tu memang patut dijadikan teladan untuk semua orang. Bagaimana si kura-kura yang diperkecil-kecilkan di hadapan semua binatang dan dengan yakinnya menyahut cabaran arnab yang angkuh! Disebabkan sifat angkuh dan overconfident si arnab akhirnya si arnab tewas dengan si kura-kura!!
Tersebutlah alkisah, juara pertandingan lumba lari (si kura-kura) sudah penat dipuji dan diangkat-angkat sebagai juara pertandingan lumba lari . Dia nak lepaskan gelaran tersebut. Jadi si kura-kura mencabar semula semua binatang cute-cute dalam rimba untuk berlumba sekali lagi. Tetapi perlumbaan kali ini ialah dengan mendaki bukit!!! Si kura-kura tersebut menjanjikan nak belanja rawatan spa di Maz Beauty Solutions bagi siapa yang menang! Sapa tak nakkan? Hahaha..
Banyak binatang telah berdaftar untuk menyertai pertandingan tersebut. Kucing, Ayam, Itik, Kancil dan macam-macam lagi telah berdaftar untuk memeriahkan pertandingan tersebut. Si arnab yang sudah tercalar egonya masuk semula pertandingan tersebut! Kali ini si arnab sudah taubat nasuha..haha..dia dah tak sombong macam dulu lagi.
Semasa hari pertandingan tersebut, semua binatang berkumpul di litar perlumbaan. Hatta raja rimba pon datang melawat memeriahkan majlis.
Semasa perlumbaan bermula, penonton semua bersorak, ada juga yang lemparkan kata-kata negative kepada peserta pertandingan. Semua binatang berlumba dengan semangat. Sepanjang track perlumbaan tersebut ada sahaja binatang yang melihat dan bersorak.
Penonton 1: Perghhh..Hebat la derang sume..rugi aku tak join! Kalu aku join aku menang punyer la!
Penonton 2: Tak pernah aku dengar binatang-binatang comel macam kita ni sampai ke atas bukit tu! Boleh ker derang panjat sampai atas??
Penonton 3: Derang mesti tak akan habis punyer pertandingan ni! Tengok kaki dah taw...wahahaha
Dalam perlumbaan tersebut, tidak banyak binatang yang kuat untuk menghabiskan perlumbaan tersebut. Banyak yang berhenti separuh jalan dan mengalah. Akhirnya tinggal lah si kucing yang comel dan si arnab yang sudah taubat! kui3..
Penonton 4: Tak sangka si kucing dan si arnab berjaya sampai ketahap ni! Aku rasa mesti antara derang main tipu..hahaha
Penonton 5: Menarik jugak pertandingan kali ini! Saya sokong si kucing sebab dia comel..lalala
Penonton 6: Aku sokong si arnab sebab dia hensem..kui3..
Perjalanan ke puncak bukit masih jauh lagi, tetapi masing-masing sudah letih. Si kucing tadi cuba untuk mengagahkan diri untuk terus mendaki, meskipun demikian, si arnab tidak menampakkan tanda-tanda untuk berhenti.
Matahari sudah tegak di atas kepala, perlumbaan masih sengit antara mereka berdua. Akhirnya si kucing tersebut tersungkur dan mengalah. Si arnab menjadi juara! Waahhhhh..
Apabila diinterview oleh raja rimba rahsia kejayaan si arnab..
Raja Rimba: Apa rahsia kejayaan kamu? Boleh kongsikan bersama kami?
Arnab: Saya hanya mempekakkan diri saya dari kata-kata negative yang dilemparkan oleh penonton! Itulah rahsia kejayaan saya!
Jadi disini, suka akak nak ingatkan yang kita hidup atas muka bumi ini tidak lekang dari dinilai oleh orang-orang sekeliling kita. Ada yang bagi sokongan dan banyak lagi yang bagi kata-kata negative. Jika kita terus mendengar dan mendengar apa yang dikatakan oleh orang sekeliling, maka kita yang bersemangat dan kuat pon akan kalah seperti si kucing tadi.
THE END
spa desa mentari,Maz Beauty Solutions,Rawatan spa,pakej rawatan pengantin,Promosi spa pengantin 2014,urutan tradisional,rawatan muka,rawatan muka collagen,rawatan badan, lulur badan, masker badan,rawatan resdung,Rawatan seri wajah,rawatan kuku,spa kaki,urutan kaki,urutan tradisional,urutan aromaterapi,urutan slimming,rawatan pencerahan kulit wajah,Rendaman kaki Pengantin,Produk spa Safahherbs.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)






0 comments:
Post a Comment