Monday, 31 March 2014

Percaya Pada Diri Sendiri





Setiap manusia inginkan kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup. Semua orang mahu hidup senang, mahu banyak duit, mahu rumah besar, mahu kereta selesa, mahu popular dan disukai ramai. Tetapi cita-cita tersebut hanya tinggal cita-cita tanpa dapat diterjemahkan menjadi kenyataan. Sekiranya kita mahu mencapai apa yang kita hajati, kita perlulah percaya yang kita akan dapat apa yang kita hajati. Dengan kepercayaan pada diri kita, ia akan membuahkan strategi dan tindakan yang luar biasa untuk mencapainya.


Percaya pada diri sendiri akan menghasilkan satu daya kuasa yang amat hebat. Manusia yang percaya pada dirinya sendiri akan terus mengorak langkah membuat kejayaan demi kejayaan! Namun perlu diingat bahawa kuasa mutlak ialah Allah sahaja. Tanpa izin-Nya siapalah kita.


Kita perlu percaya pada diri kita sendiri. Jika bukan bita, sipa lagi akan percaya pada kita? Tidak kiralah apa sekalipun peranan kita, kita perlulah percaya pada diri kita. Misalnya jika kita sebagai seorang pelajar, mungkin kita ada masalah penguasaan dalam bahasa inggeris. Apa yang perlu kita lakukan ialah kita percaya kita boleh kuasai bahasa inggeris. Dengan kepercayaan ini, kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan pada diri kita untuk menambah baik nilai softskill kita. Kita akan lebih confiden untuk membaca artikel-artikel dalam bahasa inggeris dan bercakap dalam bahasa inggeris. Daripada kepercayaan ini kita akan bertindak untuk mencapainya tanpa rasa malu dan gentar.


Contoh yang lain, jika kita seorang yang bekerjaya dan kita perlu membuat pembentangan di hadapan General Manager (GM) atau Presiden Syarikat dan orang-orang besar yang lain. Kita perlu percaya pada diri kita yang kita boleh lakukan pembentangan dengan hebat. Jangan disebabkan jawatan dan kuasa mereka berjaya menakut-nakutkan kita untuk kita mencapai cita-cita kita. Jangan mengalah! Kita boleh lakukan!


Antara cara untuk membina kuasa pecaya pada diri sendiri ialah:

  1. Berfikir secara positif. Sentiasa amalkan berfikir secara positif sama ada dalam kesenangan atau kesulitan. Jangan biarkan pemikiran negative melintas masuk kedalam minda kita. Pemikiran negative ini ibaratkan racun yang akan memusnahkan diri. 
  2. Tentukan matlamat yang ingin dicapai dengan jelas dan realistic. Jangan biarkan kegagalan yang lalu terus menghantui langkah-langkah yang ingin kita ambil, tetapi jadikan ia sebagai pengajaran dan motivasi untuk kita lebih berjaya. 
  3. Jangan mengaku kalah! Setiap orang penah mengalami kegagalan dan melakukan kesilapan. Jangan sesekali kita menyerah kalah dan hilang kepercayaan pada diri kita sendiri. Kegagalan ini akan menjadikan kita seorang yang kuat dan tabah. Oleh itu, kita mestilah bersemangat gigih dan jangan ragu atau gentar untuk mencapai cita-cita kita. 
  4. Bersyukur. Dengan kita besyukur Allah akan tambah lagi nikmat apa yang kita miliki. Dengan kejayaan apa yang kita perolehi sentiasalah rendah diri dan meletakkan Allah di hadapan. Jangan disebabkan kejayan kita yang kecil ini akan membuatkan diri kita berasa hebat sehingga sanggup mencabaar Allah. Sesungguhnya tiada upaya yang ada pada diri kita melainkan Allah pinjamkan pada kita. 


Wallahualam. Jom kita bina kepercayaan diri kita sendiri!

spa desa mentari,Maz Beauty Solutions,Rawatan spa,pakej rawatan pengantin,Promosi spa pengantin 2014,urutan tradisional,rawatan muka,rawatan muka collagen,rawatan badan, lulur badan, masker badan,rawatan resdung,Rawatan seri wajah,rawatan kuku,spa kaki,urutan kaki,urutan tradisional,urutan aromaterapi,urutan slimming,rawatan pencerahan kulit wajah,Rendaman kaki Pengantin,Produk spa Safahherbs.

0 comments:

Post a Comment

 

Subscribe to our Newsletter

Contact our Support

Email us: Support@templateism.com

Our Team Memebers