Monday, 31 March 2014

Sabun Kopi Untuk Kulit Hitam di Beberapa Kawasan!

Sabun kopi merupakan produk kecantikan yang terbaik bagi siapa yang mempunyai masalah warna kulit badan yang tidak sekata, kulit hitam di beberapa bahagian badan, kesan parut kekal dan masalah kulit berminyak. Sabun ini diformulasikan daripada biji kopi yang terbukti secara saitifiknya banyak manfaat. Sabun ini terbukti keberkesanannya dalam membersihkan kulit badan dari kotoran, minyak, sel-sel mati, parut-parut dan mencerahkan kulit yang gelap akibat pancaran matahari dan proses penuaan semulajadi. Sangat bagus untuk digunakan pada setiap hari tidak kira pagi, petang atau malam. 

Hubungi Puan Mazlin di talian 012-275 9943 atau 0111-538 7451 untuk tempahan produk sekarang.

Harga amat berpatutan berbanding dengan kesan yang anda akan peroleh. Harga Sabun Kopi ialah RM18.90.

spa desa mentari,Maz Beauty Solutions,Rawatan spa,pakej rawatan pengantin,Promosi spa pengantin 2014,urutan tradisional,rawatan muka,rawatan muka collagen,rawatan badan, lulur badan, masker badan,rawatan resdung,Rawatan seri wajah,rawatan kuku,spa kaki,urutan kaki,urutan tradisional,urutan aromaterapi,urutan slimming,rawatan pencerahan kulit wajah,Rendaman kaki Pengantin,Produk spa Safahherbs.

Percaya Pada Diri Sendiri

Setiap manusia inginkan kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup. Semua orang mahu hidup senang, mahu banyak duit, mahu rumah besar, mahu kereta selesa, mahu popular dan disukai ramai. Tetapi cita-cita tersebut hanya tinggal cita-cita tanpa dapat diterjemahkan menjadi kenyataan. Sekiranya kita mahu mencapai apa yang kita hajati, kita perlulah percaya yang kita akan dapat apa yang kita hajati. Dengan kepercayaan pada diri kita, ia akan membuahkan strategi dan tindakan yang luar biasa untuk mencapainya.

Percaya pada diri sendiri akan menghasilkan satu daya kuasa yang amat hebat. Manusia yang percaya pada dirinya sendiri akan terus mengorak langkah membuat kejayaan demi kejayaan! Namun perlu diingat bahawa kuasa mutlak ialah Allah sahaja. Tanpa izin-Nya siapalah kita.

Kita perlu percaya pada diri kita sendiri. Jika bukan bita, sipa lagi akan percaya pada kita? Tidak kiralah apa sekalipun peranan kita, kita perlulah percaya pada diri kita. Misalnya jika kita sebagai seorang pelajar, mungkin kita ada masalah penguasaan dalam bahasa inggeris. Apa yang perlu kita lakukan ialah kita percaya kita boleh kuasai bahasa inggeris. Dengan kepercayaan ini, kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan pada diri kita untuk menambah baik nilai softskill kita. Kita akan lebih confiden untuk membaca artikel-artikel dalam bahasa inggeris dan bercakap dalam bahasa inggeris. Daripada kepercayaan ini kita akan bertindak untuk mencapainya tanpa rasa malu dan gentar.

Contoh yang lain, jika kita seorang yang bekerjaya dan kita perlu membuat pembentangan di hadapan General Manager (GM) atau Presiden Syarikat dan orang-orang besar yang lain. Kita perlu percaya pada diri kita yang kita boleh lakukan pembentangan dengan hebat. Jangan disebabkan jawatan dan kuasa mereka berjaya menakut-nakutkan kita untuk kita mencapai cita-cita kita. Jangan mengalah! Kita boleh lakukan!

Antara cara untuk membina kuasa pecaya pada diri sendiri ialah:

  1. Berfikir secara positif. Sentiasa amalkan berfikir secara positif sama ada dalam kesenangan atau kesulitan. Jangan biarkan pemikiran negative melintas masuk kedalam minda kita. Pemikiran negative ini ibaratkan racun yang akan memusnahkan diri. 
  2. Tentukan matlamat yang ingin dicapai dengan jelas dan realistic. Jangan biarkan kegagalan yang lalu terus menghantui langkah-langkah yang ingin kita ambil, tetapi jadikan ia sebagai pengajaran dan motivasi untuk kita lebih berjaya. 
  3. Jangan mengaku kalah! Setiap orang penah mengalami kegagalan dan melakukan kesilapan. Jangan sesekali kita menyerah kalah dan hilang kepercayaan pada diri kita sendiri. Kegagalan ini akan menjadikan kita seorang yang kuat dan tabah. Oleh itu, kita mestilah bersemangat gigih dan jangan ragu atau gentar untuk mencapai cita-cita kita. 
  4. Bersyukur. Dengan kita besyukur Allah akan tambah lagi nikmat apa yang kita miliki. Dengan kejayaan apa yang kita perolehi sentiasalah rendah diri dan meletakkan Allah di hadapan. Jangan disebabkan kejayan kita yang kecil ini akan membuatkan diri kita berasa hebat sehingga sanggup mencabaar Allah. Sesungguhnya tiada upaya yang ada pada diri kita melainkan Allah pinjamkan pada kita. 

Wallahualam. Jom kita bina kepercayaan diri kita sendiri!

spa desa mentari,Maz Beauty Solutions,Rawatan spa,pakej rawatan pengantin,Promosi spa pengantin 2014,urutan tradisional,rawatan muka,rawatan muka collagen,rawatan badan, lulur badan, masker badan,rawatan resdung,Rawatan seri wajah,rawatan kuku,spa kaki,urutan kaki,urutan tradisional,urutan aromaterapi,urutan slimming,rawatan pencerahan kulit wajah,Rendaman kaki Pengantin,Produk spa Safahherbs.

Ingin Langsing? Makanlah Ais Krim

Sebut sahaja ais krim, sudah terbayang perasa dan kesejukan pencuci mulut berkenaan. Lebih lazat apabila dinikmati ketika cuaca panas terik. Memang menyegarkan malah ramai yang bersetuju akan keenakannya

1. Berikan tenaga , bakar kalori

2 .Gemuk bila berhenti mendadak

3.Ambil ais krim tanpa bahan ''sampingan''
      
spa desa mentari,Maz Beauty Solutions,Rawatan spa,pakej rawatan pengantin,Promosi spa pengantin 2014,urutan tradisional,rawatan muka,rawatan muka collagen,rawatan badan, lulur badan, masker badan,rawatan resdung,Rawatan seri wajah,rawatan kuku,spa kaki,urutan kaki,urutan tradisional,urutan aromaterapi,urutan slimming,rawatan pencerahan kulit wajah,Rendaman kaki Pengantin,Produk spa Safahherbs.

Sunday, 30 March 2014

Sambungan Cerita Kura-Kura dan Arnab! Bestzzz

Pernahkah kita dengar cerita perlumbaan si kura-kura dan si arnab? Pastinya semua pernah! Cerita best macam tu memang patut dijadikan teladan untuk semua orang. Bagaimana si kura-kura yang diperkecil-kecilkan di hadapan semua binatang dan dengan yakinnya menyahut cabaran arnab yang angkuh! Disebabkan sifat angkuh dan overconfident si arnab akhirnya si arnab tewas dengan si kura-kura!!

Tersebutlah alkisah, juara pertandingan lumba lari (si kura-kura) sudah penat dipuji dan diangkat-angkat sebagai juara pertandingan lumba lari . Dia nak lepaskan gelaran tersebut. Jadi si kura-kura mencabar semula semua binatang cute-cute dalam rimba untuk berlumba sekali lagi. Tetapi perlumbaan kali ini ialah dengan mendaki bukit!!!  Si kura-kura tersebut menjanjikan nak belanja rawatan spa di Maz Beauty Solutions bagi siapa yang menang! Sapa tak nakkan? Hahaha..

Banyak binatang telah berdaftar untuk menyertai pertandingan tersebut. Kucing, Ayam, Itik, Kancil dan macam-macam lagi telah berdaftar untuk memeriahkan pertandingan tersebut. Si arnab yang sudah tercalar egonya masuk semula pertandingan tersebut! Kali ini si arnab sudah taubat nasuha..haha..dia dah tak sombong macam dulu lagi.

Semasa hari pertandingan tersebut, semua binatang berkumpul di litar perlumbaan. Hatta raja rimba pon datang melawat memeriahkan majlis.

Semasa perlumbaan bermula, penonton semua bersorak, ada juga yang lemparkan kata-kata negative kepada peserta pertandingan. Semua binatang berlumba dengan semangat. Sepanjang track perlumbaan tersebut ada sahaja binatang yang melihat dan bersorak.

Penonton 1: Perghhh..Hebat la derang sume..rugi aku tak join! Kalu aku join aku menang punyer la!

Penonton 2: Tak pernah aku dengar binatang-binatang comel macam kita ni sampai ke atas bukit tu! Boleh ker derang panjat sampai atas??

Penonton 3: Derang mesti tak akan habis punyer pertandingan ni! Tengok kaki dah taw...wahahaha

Dalam perlumbaan tersebut, tidak banyak binatang yang kuat untuk menghabiskan perlumbaan tersebut. Banyak yang berhenti separuh jalan dan mengalah. Akhirnya tinggal lah si kucing yang comel  dan si arnab yang sudah taubat! kui3..

Penonton 4: Tak sangka si kucing dan si arnab berjaya sampai ketahap ni! Aku rasa mesti antara derang main tipu..hahaha

Penonton 5: Menarik jugak pertandingan kali ini! Saya sokong si kucing sebab dia comel..lalala

Penonton 6: Aku sokong si arnab sebab dia hensem..kui3..

Perjalanan ke puncak bukit masih jauh lagi, tetapi masing-masing sudah letih. Si kucing tadi cuba untuk mengagahkan diri untuk terus mendaki, meskipun demikian, si arnab tidak menampakkan tanda-tanda untuk berhenti.

Matahari sudah tegak di atas kepala, perlumbaan masih sengit antara mereka berdua. Akhirnya si kucing tersebut tersungkur dan mengalah. Si arnab menjadi juara! Waahhhhh..

Apabila diinterview oleh raja rimba rahsia kejayaan si arnab..

Raja Rimba: Apa rahsia kejayaan kamu? Boleh kongsikan bersama kami?

Arnab: Saya hanya mempekakkan diri saya dari kata-kata negative yang dilemparkan oleh penonton! Itulah rahsia kejayaan saya!

Jadi disini, suka akak nak ingatkan yang kita hidup atas muka bumi ini tidak lekang dari dinilai oleh orang-orang sekeliling kita. Ada yang bagi sokongan dan banyak lagi yang bagi kata-kata negative. Jika kita terus mendengar dan mendengar apa yang dikatakan oleh orang sekeliling, maka kita yang bersemangat dan kuat pon akan kalah seperti si kucing tadi.

THE END

spa desa mentari,Maz Beauty Solutions,Rawatan spa,pakej rawatan pengantin,Promosi spa pengantin 2014,urutan tradisional,rawatan muka,rawatan muka collagen,rawatan badan, lulur badan, masker badan,rawatan resdung,Rawatan seri wajah,rawatan kuku,spa kaki,urutan kaki,urutan tradisional,urutan aromaterapi,urutan slimming,rawatan pencerahan kulit wajah,Rendaman kaki Pengantin,Produk spa Safahherbs.

Friday, 28 March 2014

Oi!! Bahaya Tidak Cukup Tidur!!

Assalammualaikum semua! Salam Sayyidul Ayyam!

Bagi siapa yang bekerja selamat bercuti pada hari Sabtu dan Ahad! Manfaatkan masa tersebut bersama keluarga tersayang. Dan pastikan dapat rehat yang secukupnya. Akak nak kongsi keburukan tidak cukup tidur!

Kalau tak nampak boleh tengok dengan jelas di sini!

Nah, akak nasihatkan semua untuk jaga kesihatan dan kecantikan sendiri agar kita nampak hensem dan comel di hadapan semua orang..

Ok..tata..see you ollz later...

spa desa mentari,Maz Beauty Solutions,Rawatan spa,pakej rawatan pengantin,Promosi spa pengantin 2014,urutan tradisional,rawatan muka,rawatan muka collagen,rawatan badan, lulur badan, masker badan,rawatan resdung,Rawatan seri wajah,rawatan kuku,spa kaki,urutan kaki,urutan tradisional,urutan aromaterapi,urutan slimming,rawatan pencerahan kulit wajah,Rendaman kaki Pengantin,Produk spa Safahherbs.

Monday, 24 March 2014

Kedudukan Mak compare to Ayah!

Abu Hurairah berkata: "Seseorang menemui Nabi Muhammad dan bertanya, 'Ya Rasulullah, siapakah orang yang berhak aku patuhi? Nabi menjawab, 'Ibumu'. Orang tu bertanya lagi, 'Selepas tu sapa pula?' Nabi menjawab, 'Ibumu'. Orang tersebut bertanya lagi, 'Kemudia siapa lagi?', buat kali ketiga, nabi menjawab 'Ibumu'. Orang itu bertanya lagi, 'Kemudian siapa pula?', Nabi menjawab 'Bapamu'. "

Jadi kita yang masih ada ibu bapa, kita buatlah kebaikan pada mereka selagi mereka hidup. Sama-samalh kita sedekahkan AL-Fatihah kepada mereka sama ada mereka masih hidup atau sudah tiada.

AL-FATIHAH!

spa desa mentari,Maz Beauty Solutions,Rawatan spa,pakej rawatan pengantin,Promosi spa pengantin 2014,urutan tradisional,rawatan muka,rawatan muka collagen,rawatan badan, lulur badan, masker badan,rawatan resdung,Rawatan seri wajah,rawatan kuku,spa kaki,urutan kaki,urutan tradisional,urutan aromaterapi,urutan slimming,rawatan pencerahan kulit wajah,Rendaman kaki Pengantin,Produk spa Safahherbs.

Promosi Rawatan Anti- Stress! (Pakej Manjadiri)

Maz Beauty Solutions mempromosikan Pakej Manjadiri! Pakej ini merangkumi 3 rawatan kepada pelangan iaitu:-
  • Rawatan Muka

 Harga sebenar: RM 28 untuk Rawatan Muka

  • Lulur Badan

Harga sebenar: RM 20 untuk Lulur Badan
  • Rendaman Spa

Harga sebenar: RM 35 untuk Rendaman Spa/ Spa Kaki

Total untuk kesemua rawatan yang ditawarkan ialah sebanyak RM 83!! Maz Beauty Solutions mempromosikan rawatan-rawatan tersebut dengan harga yang sangat murah dalam Pakej Manjadiri! Janya RM 45, anda dapat merasai kesemua rawatan tersebut! Apa tunggu lagi?

Info ringkas Pakej Manjadiri:

  1. Jangkamasa rawatan ialah 1 Jam.
  2. Rawatan ini hanya ditawarkan kepada Wanita sahaja.
  3. Hanya RM 45 sahaja.
  4. Tempahan boleh dibuat dengan hubungi Puan Mas (012 7569943/ 011-15387451) sekarang!
  5. Lokasi : Click Here

Mari  manjakan diri di Maz Beauty Solutions dengan rawatan dan produk semulajadi bagi meningkatkan keyakinan wanita.

spa desa mentari,Maz Beauty Solutions,Rawatan spa,pakej rawatan pengantin,Promosi spa pengantin 2014,urutan tradisional,rawatan muka,rawatan muka collagen,rawatan badan, lulur badan, masker badan,rawatan resdung,Rawatan seri wajah,rawatan kuku,spa kaki,urutan kaki,urutan tradisional,urutan aromaterapi,urutan slimming,rawatan pencerahan kulit wajah,Rendaman kaki Pengantin,Produk spa Safahherbs.

Kata-Kata Semangat Hari Isnin

“Whether you think you can, or you think you can't--you're right.”- Henry Ford

 “When you are young, work to learn not to earn”-Robert Kiyosaki

“Anyone who stops learning is old, whether at twenty or eighty. Anyone who keeps learning stays young.” –Henry Ford

spa desa mentari,Maz Beauty Solutions,Rawatan spa,pakej rawatan pengantin,Promosi spa pengantin 2014,urutan tradisional,rawatan muka,rawatan muka collagen,rawatan badan, lulur badan, masker badan,rawatan resdung,Rawatan seri wajah,rawatan kuku,spa kaki,urutan kaki,urutan tradisional,urutan aromaterapi,urutan slimming,rawatan pencerahan kulit wajah,Rendaman kaki Pengantin,Produk spa Safahherbs.

Sunday, 23 March 2014

Stress? Jom Layan Lagu yang Positive!

Lagu ni dah lama, dah kerap kali didengar tapi still lagend! Huhu..

Kalau masih stress, jom kita rehatkan minda dan badan dengan rawatan anti-stress di Maz Beauty Solutions di Desa Mentari, Petaling Jaya hanya RM 40 sahaja! Murah dan berpatutan! Anda akan merasai kelainan selepas rawatan ini! Jom pakat ramai-ramai pergi sama!

spa desa mentari,Maz Beauty Solutions,Rawatan spa,pakej rawatan pengantin,Promosi spa pengantin 2014,urutan tradisional,rawatan muka,rawatan muka collagen,rawatan badan, lulur badan, masker badan,rawatan resdung,Rawatan seri wajah,rawatan kuku,spa kaki,urutan kaki,urutan tradisional,urutan aromaterapi,urutan slimming,rawatan pencerahan kulit wajah,Rendaman kaki Pengantin,Produk spa Safahherbs.

Friday, 21 March 2014

Gatalnya Tangan Nak Picit Jerawat!!

Argghhh..geramnya ada jerawat di muka!!

Usah risau!! Kami di Maz Beauty Solution menyediakan perkhidmatan rawatan muka dan rawatan muka collagen bagi siapa yang menghadapi kulit muka berminyak, kusam dan  kering. Kami mengunakan produk semulajadi tanpa campuran kimia dan selamat tanpa sebarang kesan sampingan!

Sebarang tempahan rawatan boleh dilakukan dengan hubungi Puan Mas 012 756 9943/ 0111 538 7451.

spa desa mentari,Maz Beauty Solutions,Rawatan spa,pakej rawatan pengantin,Promosi spa pengantin 2014,urutan tradisional,rawatan muka,rawatan muka collagen,rawatan badan, lulur badan, masker badan,rawatan resdung,Rawatan seri wajah,rawatan kuku,spa kaki,urutan kaki,urutan tradisional,urutan aromaterapi,urutan slimming,rawatan pencerahan kulit wajah,Rendaman kaki Pengantin,Produk spa Safahherbs.

Monday, 17 March 2014

Macam-macam kerenah manusia apabila diuji!

Malaysia gempar dengan kehilangan pesawatnya..Apabila kita diuji begini ada yang mengambil tindakan untuk melakukan solat hajat memohon bantuan Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui. Ada juga tindakan segelintir manusia yang mengambil jalan untuk membuat pemujaan seperti raja bomoh amat memalukan Malaysia. Kadangkala apabila kita diuji, kita boleh lihat manusia semakin dekat pada Allah tapi ada juga yang semakin jauh dari Nya.

Kita yang mana?

spa desa mentari,Maz Beauty Solutions,Rawatan spa,pakej rawatan pengantin,Promosi spa pengantin 2014,urutan tradisional,rawatan muka,rawatan muka collagen,rawatan badan, lulur badan, masker badan,rawatan resdung,Rawatan seri wajah,rawatan kuku,spa kaki,urutan kaki,urutan tradisional,urutan aromaterapi,urutan slimming,rawatan pencerahan kulit wajah,Rendaman kaki Pengantin,Produk spa Safahherbs.

AMAR Tribute song Pray For MH370

Jom kita nyanyi sama2

Tribute song:- Pray For MH370

KESEDIHAN KINI MELANDA
SELURUH DUNIA MENANTI BERITA
HARAPAN SELAMAT KAMI PINTA
SEDIAKALA SEPERTI BIASA

SEGUNUNG DOA KAMI PANJATKAN
BERPOLITIK SINI BUKAN TEMPATNYA
TIDAK ADA YANG LEBIH BERKUASA
HANYA ENGKAU PENENTU SEGALA

ANDAINYA KAU DI LANGIT TURUNKANLAH
ANDAINYA KAU DI BUMI TEMUKANLAH
ANDAI DI ALAM LAIN SINGKAPKANLAH
PADA-MU ALLAH KAMI BERSERAH

MH370 MUNCULLAH...

-Lagu ciptaan AMAR & MAGICTAWAU ALIF

spa desa mentari,Maz Beauty Solutions,Rawatan spa,pakej rawatan pengantin,Promosi spa pengantin 2014,urutan tradisional,rawatan muka,rawatan muka collagen,rawatan badan, lulur badan, masker badan,rawatan resdung,Rawatan seri wajah,rawatan kuku,spa kaki,urutan kaki,urutan tradisional,urutan aromaterapi,urutan slimming,rawatan pencerahan kulit wajah,Rendaman kaki Pengantin,Produk spa Safahherbs.

Apa itu resdung?

Resdung.
Resdung ialah istilah melayu untuk mengambarkan penyakit hidung yang disebabkan oleh radang pada selaput ronga hidung. Meskipun demikian, ilmuan perubatan menafsirkan resdung sebagai sinusitis atau lebih tepat Chronic Sinusitis.

Bagaimana Resdung Boleh Terjadi?
Sebelum kak ulas lebih lanjut bagaimana resdung boleh terjadi, akak berminat untuk menerangkan struktur hidung manusia. Ronga hidung manusia terdiri daripada 4 bahagian utama seperti digambarkan dalam gambar di bawah.

1     .       Frontal Sinus (bahagian dahi),
2     .      Sphenoid dan Ethmoid Sinus (antara dua mata),
3     .      Maxillary Sinus (bahagian atas gigi),
4     .      dan Septum

Dalam setiap rongga tersebut ada lapisan yang melindungi ronga hidung dari diserang bakteria yang dikenali sebagai epithelium bersilia (rambut halus) dan bermucosa (lendir). Ia juga berfungsi untuk pastikan ronga hidung kita sentiasa lembap.

Jika berlaku irritasi pada lapisan ini, ia akan mengeluarkan lendir atau mucos sebagai mekanisma tindak balas. Pengeluaran lender ini bukanlah suatu yang boleh dikawal oleh manusia. Jika lendir tersebut tidak dibersihkan atau dikeluarkan dari ronga hidung, ia akan menggalakkan pembiakan bakteria dan virus. Radang hidung akan berlaku jika lendir tersebut tersekat atau berkumpul dalam rongga hidung ini dan terjadinya penyakit resdung.

Selain itu, struktur dalam dalam hidung yang sempit atau bengkok sejak lahir akan menggangu peredaran lendir dan juga boleh menyebabkan pengumpulan lendir dalam rongga hidung. Amalan merokok, alergi pada habuk, jangkitan pada gigi, ketumbuhan, alahan (rhinitis) dan lain-lain juga boleh menjadi punca penyakit resdung.

Symptoms Resdung.
Selalunya orang yang menghidap resdung akan menghadapi beberapa gejala seperti;
1     .       rasa berat pada bahagian muka, hidung (rongga sinus) kerana ia dipenuhi lendir tadi yang tidak dikeluarkan.
2     .      Rasa sakit ketika sujud kerana lendir kotor berkumpul di bahagian frontal sinus. Lendir (kahak atau hingus) yang dijangkiti akan berwarna hijau atau kuning. Ia lebih ketara ketika pesakit resdung bangun pagi.
3     .      Hidung sering tersumbat, demam, sakit tekak, dan selalu bersin.
4     .      Tidur berdengkur.
5     .       Hidung tersumbat dan berbau busuk
6     .      Gatal-gatal di kawasan muka, telinga, mata dan hidung
7     .       Hidung kerap berair walaupun tidak selsema
8     .      Kerap bersin terutama di waktu pagi

Rawatan Resdung. 
Antibiotik ( bagi resdung acute10 hingga 14 hari), Ubat selesema, Decongestan; ubat titis atau semburan hidung (hilangkan hidung tersumbat). Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.

Pembedahan sinus endoskopi ini sama sekali tidak memerlukan belahan pada kulit kerana segala prosedurnya dilakukan di dalam rongga hidung. Doktor akan menyedut lendir tadi, lendir ini berbau hamis. Pesakit akan rasa ringan di bahagian hidung. Walaubagaimanapun lendir tadi boleh terbentuk kembali pada masa depan, dan rawatan resdung ini memang memerlukan rawatan berpanjangan.

Maz Beauty Solution menyediakan perkhidmatan rawatan resdung bagi siapa yang ada mengidap penyakit ini atau ingin mengambil langkah pencegahan. Kami mengunakan produk semulajadi tanpa campuran kimia dan selamat tanpa sebarang kesan sampingan!
Sebarang tempahan boleh dilakukan dengan hubungi Puan Mas 012 756 9943/ 0111 538 7451.

Ingat mencegah lebih baik dari mengubati!

spa desa mentari,Maz Beauty Solutions,Rawatan spa,pakej rawatan pengantin,Promosi spa pengantin 2014,urutan tradisional,rawatan muka,rawatan muka collagen,rawatan badan, lulur badan, masker badan,rawatan resdung,Rawatan seri wajah,rawatan kuku,spa kaki,urutan kaki,urutan tradisional,urutan aromaterapi,urutan slimming,rawatan pencerahan kulit wajah,Rendaman kaki Pengantin,Produk spa Safahherbs.

Jom Hapuskan Dosa!

Sunday, 16 March 2014

Produk Laris Semasa Kursus Kahwin Masjid Negara!

Wahhh!! Kak Mas baru sahaja selesai buat ceramah Kursus Kahwin di Masjid Negara!  Selesai sahaja ceramah, ramai customer dalam kalangan peserta kursus kahwin yang berminat untuk beli produk Spa Safahherb! Happy nyer! Ada juga peserta yang menempah untuk melakukan rawatan-rawatan yang kami sediakan seperti Rawatan Muka, Rawatan Seri Pengantin dan Urutan Slimming!

Kami di Maz Beauty Solution menyediakan banyak lagi perkhidmatan spa seperti
  • Rawatan Muka
  •  Rawatan Muka Collagen
  • Rawatan Resdung
  • Rawatan Kuku
  • Rawatan Seri Pengantin
  • Urutan Kaki Refleksologi
  •  Urutan Tradisional
  • Urutan Seri Wajah
  • Urutan Slimming
  • Sauna
  •   Lulur Badan
  •  Masker Badan

Apa yang penting, kami mengunakan produk semulajadi tanpa sebarang campuran bahan kimia bersih dan selamat!

Tempahan sekarang untuk rawatan dengan hubungi Puan Mas 012 756 9943/ 0111 538 7451.

Mari manjakan diri di spa kami dengan harga berpatutan!

spa desa mentari,Maz Beauty Solutions,Rawatan spa,pakej rawatan pengantin,Promosi spa pengantin 2014,urutan tradisional,rawatan muka,rawatan muka collagen,rawatan badan, lulur badan, masker badan,rawatan resdung,Rawatan seri wajah,rawatan kuku,spa kaki,urutan kaki,urutan tradisional,urutan aromaterapi,urutan slimming,rawatan pencerahan kulit wajah,Rendaman kaki Pengantin,Produk spa Safahherbs.

Friday, 14 March 2014

Kursus Pra Perkahwinan Masjid Negara!

Salam Bakal Raja Sehari!

Kursus Pra Kahwin Masjid Negara akan berlangsung setiap minggu!!! Ikuti ilmu dan pengalaman yang kami berikan sebagai medium untuk persiapkan diri sebelum masuk ke alam perkahwinan.. 

Daftar sekarang Kursus Pra Perkahwinan
dengan menghantar nama penuh dan no kad pengenalan pada 012 756 9943/ whatsapp pada 0111 538 7451
untuk pendaftaran sekarang!

Kami di Maz Beauty Solution ada membuat promosi Rawatan Spa Seri Mempelai 2014 dengan harga amat berpatutan.
Rawatan yang disediakan termasuklah:-
Urutan Aromaterapi
Lulur Badan
Masker Badan
Rawatan Muka Collagen
Rawatan Pencerahan Kulit Wajah
Urutan Seri Wajah
Rawatan Kuku
Rendaman Kaki Pengantin

Percuma Produk Spa Safahherbs!
Diskaun 25% akan diberikan kepada pelanggan terawal sahaja!

Tempah sekarang untuk dapatkan rawatan dengan hubungi 012 756 9943/ whatsapp pada 0111 538 7451
untuk tempahan sekarang!

spa desa mentari,Maz Beauty Solutions,Rawatan spa,pakej rawatan pengantin,Promosi spa pengantin 2014,urutan tradisional,rawatan muka,rawatan muka collagen,rawatan badan, lulur badan, masker badan,rawatan resdung,Rawatan seri wajah,rawatan kuku,spa kaki,urutan kaki,urutan tradisional,urutan aromaterapi,urutan slimming,rawatan pencerahan kulit wajah,Rendaman kaki Pengantin,Produk spa Safahherbs.

Wednesday, 12 March 2014

Home

Maz Beauty Solutions, ialah spa no. 1 dalam negara. Spa ini diinspirasikan oleh alam semula jadi gaya hidup santai dan sihat! Dengan pengabungan bahan-bahan organik dan kepakaran kami serta yang paling utama keramahan kakitangan kami yang professional akan membuatkan anda sihat dan ceria! Apa sahaja yang anda inginkan, Maz Beauty Solution mempunyai rawatan yang ekskluisif untuk memenuhi keperluan anda seperti Urutan dan Rawatan MukaUrutan dan Rawatan Badan serta Nasihat dan Tips!

Hubungi Puan Maz (012 7569943/ 011-15387451) untuk tempahan rawatan SEKARANG!

SPA HOURS:

MON-sUN: 10:00 AM - 9:00 PM
*HOURS SUBJECT TO CHANGE

Monday, 10 March 2014

[GEMPAR] Pesawat MH 370 hilang tanpa sebarang tanda!

Malaysia dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS), MH 370 pada Sabtu lalu (8 March). Pesawat tersebut dengan membawa 239 penumpang dan 12 krew penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang pada jam 2.40 pagi. Sampai sekarang kehilangan kapal terbang tersebut masih menjadi tanda tanya bagi semua warga Malaysia.

Ya Allah, walau apa pun yang terjadi, jangan biarkan kami tertanya-tanya. Kasihan pada keluarga mangsa. Kami warga malaysia pun sedih, apatah lagi mereka.

spa desa mentari,Maz Beauty Solutions,Rawatan spa,pakej rawatan pengantin,Promosi spa pengantin 2014,urutan tradisional,rawatan muka,rawatan muka collagen,rawatan badan, lulur badan, masker badan,rawatan resdung,Rawatan seri wajah,rawatan kuku,spa kaki,urutan kaki,urutan tradisional,urutan aromaterapi,urutan slimming,rawatan pencerahan kulit wajah,Rendaman kaki Pengantin,Produk spa Safahherbs.

Subscribe to our Newsletter

Contact our Support

Email us: Support@templateism.com

Our Team Memebers