![]() |
Senaraikan kelengkapan yang diperlukan sahaja
Anda perlu bijak menentukan sama ada
kelengkapan yang hendak dibeli adalah ‘keperluan’ atau ‘kehendak’.
Langkah terbaik, utamakan barangan yang tersenarai dalam ‘keperluan’
dahulu. Pastikan anda menyenaraikan barangan yang diperlukan dan bawa
duit mengikut anggaran nilai barangan tersenarai. Bimbang nanti diri
gagal menahan nafsu untuk menghabiskan kesemua duit yang dibawa
berlebihan!
|
| Berbelanja seawal mungkin
Harga barangan menjelang musim perayaan
biasanya melambung tinggi. Jadi, penting bagi anda untuk membuat
persediaan awal sebelum terpaksa berbelanja lebih. Seelok-eloknya,
rancang lokasi untuk membeli-belah. Kemudian, simpan rekod perbelanjaan
untuk merancang perbelanjaan akan datang. Jika didapati perbelanjaan
memakan jumlah yang tinggi, tentunya anda perlu tahu untuk berjimat
selepas tamat musim perayaan.
|
![]() |
![]() |
Amalkan konsep ‘kurangkan’
Jika sebelum ini anda menyediakan 20
jenis kuih untuk menjamu tetamu yang bertandang ke rumah, apa kata kalau
anda kurangkan kepada 10 jenis saja pada tahun ini. Satu lagi langkah
terbaik, rancang rumah terbuka secara berkongsi bersama jiran tetangga.
Melalui cara ini, amalan potluck adalah penyelesaian terbaik untuk mengelakkan daripada berbelanja lebih.
|
| Bandingkan harga
Perbandingan harga dari satu pasaraya ke
pasaraya yang lain penting untuk memudahkan anda mengawal perbelanjaan.
Apatah lagi jika sana sini mengadakan mega sales yang mengaburi
mata! Pastikan anda merekod setiap kelengkapan yang dijual di pasaraya
yang berbeza dan pilih harga terendah. Sepertimana yang disebutkan tadi,
berbelanja seawal mungkin adalah pilihan tepat untuk mengelakkan
pembaziran.
|
![]() |
![]() |
Usah bandingkan kemampuan diri dengan orang lain
Melihat rakan-rakan menggunakan tas
tangan berjenama, kasut yang mahal ataupun dekorasi rumah yang moden,
hati mula berasa cemburu, “Ah, aku mesti dapatkan apa yang dimilikinya!”
This is wrong! Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri,
anda tidak semestinya berbelanja secara mewah untuk meniru gaya mereka.
Sebaliknya, tanya semula pada diri anda, “Adakah ia satu keperluan?”,
“Adakah ia berbaloi?” ataupun, “Mampukah aku membelinya?”
Tepuk dada, tanya selera!
|









0 comments:
Post a Comment