Resdung.
Resdung ialah istilah melayu untuk
mengambarkan penyakit hidung yang disebabkan oleh radang pada selaput ronga
hidung. Meskipun demikian, ilmuan perubatan menafsirkan resdung sebagai sinusitis
atau lebih tepat Chronic Sinusitis.
Bagaimana Resdung Boleh Terjadi?
Sebelum kak ulas lebih lanjut bagaimana
resdung boleh terjadi, akak berminat untuk menerangkan struktur hidung manusia.
Ronga hidung manusia terdiri daripada 4 bahagian utama seperti digambarkan
dalam gambar di bawah.
1 .
Frontal Sinus (bahagian
dahi),
2 .
Sphenoid dan Ethmoid Sinus (antara
dua mata),
3 .
Maxillary Sinus (bahagian
atas gigi),
4 .
dan Septum
Dalam
setiap rongga tersebut ada lapisan yang melindungi ronga hidung dari diserang bakteria
yang dikenali sebagai epithelium bersilia (rambut halus) dan bermucosa
(lendir). Ia juga berfungsi untuk pastikan ronga hidung kita sentiasa lembap.
Jika
berlaku irritasi pada lapisan ini, ia akan mengeluarkan lendir atau mucos
sebagai mekanisma tindak balas. Pengeluaran lender ini bukanlah suatu yang
boleh dikawal oleh manusia. Jika lendir tersebut tidak dibersihkan atau
dikeluarkan dari ronga hidung, ia akan menggalakkan pembiakan bakteria dan
virus. Radang hidung akan berlaku jika lendir tersebut tersekat atau berkumpul dalam
rongga hidung ini dan terjadinya penyakit resdung.
Selain itu, struktur dalam dalam hidung yang
sempit atau bengkok sejak lahir akan menggangu peredaran lendir dan juga boleh
menyebabkan pengumpulan lendir dalam rongga hidung. Amalan merokok, alergi pada
habuk, jangkitan pada gigi, ketumbuhan, alahan (rhinitis) dan lain-lain juga
boleh menjadi punca penyakit resdung.
Symptoms Resdung.
Selalunya orang yang menghidap resdung akan menghadapi
beberapa gejala seperti;
1 .
rasa berat pada bahagian
muka, hidung (rongga sinus) kerana ia dipenuhi lendir tadi yang tidak dikeluarkan.
2 .
Rasa sakit ketika sujud
kerana lendir kotor berkumpul di bahagian frontal sinus. Lendir (kahak atau
hingus) yang dijangkiti akan berwarna hijau atau kuning. Ia lebih ketara ketika
pesakit resdung bangun pagi.
3 .
Hidung sering tersumbat,
demam, sakit tekak, dan selalu bersin.
4 .
Tidur berdengkur.
5 .
Hidung tersumbat dan berbau busuk
6 .
Gatal-gatal di kawasan muka, telinga, mata dan hidung
7 .
Hidung kerap berair walaupun tidak selsema
8 .
Kerap bersin terutama di waktu pagi
Rawatan Resdung.
Antibiotik ( bagi resdung acute10 hingga 14
hari), Ubat selesema, Decongestan; ubat titis atau semburan hidung (hilangkan
hidung tersumbat). Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah
rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang
sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.
Pembedahan sinus endoskopi ini sama sekali
tidak memerlukan belahan pada kulit kerana segala prosedurnya dilakukan di
dalam rongga hidung. Doktor akan menyedut lendir tadi, lendir ini berbau hamis.
Pesakit akan rasa ringan di bahagian hidung. Walaubagaimanapun lendir tadi
boleh terbentuk kembali pada masa depan, dan rawatan resdung ini memang
memerlukan rawatan berpanjangan.
Maz Beauty Solution menyediakan perkhidmatan
rawatan resdung bagi siapa yang ada mengidap penyakit ini atau ingin mengambil
langkah pencegahan. Kami mengunakan produk semulajadi tanpa campuran kimia dan
selamat tanpa sebarang kesan sampingan!
Sebarang tempahan boleh dilakukan dengan hubungi Puan Mas
012 756 9943/ 0111 538 7451.
Ingat mencegah lebih baik dari mengubati!
spa desa mentari,Maz Beauty
Solutions,Rawatan spa,pakej rawatan pengantin,Promosi spa pengantin 2014,urutan
tradisional,rawatan muka,rawatan muka collagen,rawatan badan, lulur badan,
masker badan,rawatan resdung,Rawatan seri wajah,rawatan kuku,spa kaki,urutan
kaki,urutan tradisional,urutan aromaterapi,urutan slimming,rawatan pencerahan
kulit wajah,Rendaman kaki Pengantin,Produk spa Safahherbs.
0 comments:
Post a Comment