Friday, 23 May 2014

Selepas Bersalin perlu TAPEL? Apa itu?





Apa itu Tapel?
Tapel ialah campuran herba untuk merampingkan perut selepas bersalin. Ia ialah hasil campuran bahan herba semula jadi dari tradisi melayu untuk kebaikkan wanita-wanita selepas mengandung. Tapel dirumus khas dari tanah liat dan pelbagai jenis herba dan jus limau nipis untuk membantu memejalkan kulit perut yang kembang semasa hamil.




Kebaikan tapel:

  1. Memejalkan dan menguatkan bahagian otot-otot dan tisu-tisu abdomen
  2. Mengetatkan bahagian perut selepas bersalin
  3. Membantu menghilangkan parut atau tompok hitam yang biasanya muncul di kawasan perut selepas proses pengecutan.

Cara pengunaan:

  1. Disapu di perut mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari
  2. Untuk kesan yang yang lebih efektif, berurut gunakan tepel selepas mandi bersama kain bengkung.

AWAS!!!
JANGAN GUNAKAN TAPEL JIKA BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN

Maz Beauty Solutions menyediakan rawatan dalam tempoh berpantang ini seperti:


  1. Urut Bersalin (Urut seluruh badan) - bermanfaat memulihkan otot-otot yang tegang dan memberikan masa ibu-ibu untuk menjalani terapi dalam keadaan relax. Ia dapat melancarkan peredaran darah dan mengurangkan keselesaan sakit tulang belikat kerana penyusuan bayi.
  2. Mandi Lulur atau Herba - memberikan kesegaran tubuh badan dan merangsang ketenangan minda dan jiwa di samping dapat menghilangkan bau badan yang tidak diingini dan kurang menyenangkan. Di samping itu juga, membuang sel kulit yang mati selepas bersalin.
  3. Bertungku - dapat membantu melancarkan peredaran darah dan memberikan kelegaan serta membantu pengeluaran darah nifas dengan lancar serta dapat membantu mempercepatkan proses pengecutan rahim. 
  4. Tapel - memejalkan dan menguatkan oto-otot dan tisu-tisu abdomen selain mengembalikan kedudukan perut yang mengelebeh selepas bersalin.
  5. Bertangas - adalah mandi wap atau sauna yang membantu mommy2 untuk berpeluh dan mengeluarkan racun, mengecutkan faraj serta mengelakkan dari penyakit puan seperti keputihan, saluran rahim longgar dan prolaps.
  6. Berparam - menghangatkan badan terutama tnagan dan kaki supaya menggalakkan aliran darah ke kulit si mommy.
  7. Berpilis - campuran herba semulajadi bagi mommy yang sering mengalami sakit kepala, sukar tidur dan letih.
  8. Bengkung PERCUMA
  9. Infrared Ray PERCUMA
  10. Masker PERCUMA
Harga rawatan urutan selepas bersalin ialah RM170/ sehari dan jika rawatan diambil lebih dari sehari harga akan dikurangkan kepada RM150/ sehari. Walau bagaimanapun, disarankan kepada pasangan untuk mengambil rawatan selama seminggu untuk kesan yang lebih effektif!

Jangkamasa rawatan lebih kurang 2 jam 30 minit.

Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila hubung012-7569943/ 0111-5387451 Sekarang!


spa desa mentari,Maz Beauty Solutions,Rawatan spa,pakej rawatan pengantin,Promosi spa pengantin 2014,urutan tradisional,rawatan muka,rawatan muka collagen,rawatan badan, lulur badan, masker badan,rawatan resdung,Rawatan seri wajah,rawatan kuku,spa kaki,urutan kaki,urutan tradisional,urutan aromaterapi,urutan slimming,rawatan pencerahan kulit wajah,Rendaman kaki Pengantin,Produk spa Safahherbs.

0 comments:

Post a Comment

 

Subscribe to our Newsletter

Contact our Support

Email us: Support@templateism.com

Our Team Memebers