Assalammualikum mommy2 dan bakal mommy!
Bagi pasangan yang bakal mendapat cahaya mata, Akak ucapkan tahniah! Semoga anak yang dilahirkan sihat walafiat hendaknya. Akak harap sangat anak-anak tersebut juga menjadi anak yang soleh, taat cakap ibu bapa, serta sebagai bekalan untuk kita yang tatkala semua amalan terputus selepas kita menghembuskan nafas terakhir. Ameen.
Kami Maz Beauty Solutions menyediakan perkhidmatan Rawatan Selepas Bersalin dan Penjagaan dalam Pantang untuk ibu dan bayi sepanjang tempoh selepas proses kelahiran dengan membawa pendekatan yang lebih Islamik untuk kebaikan ibu dan bayi. Lazimnya, di dalam tempoh berpantang, seorang mommy yang baru selesai melahirkan memerlukan pertolongan dari orang terdekat untuk menguruskan bayi yang baru dilahirkan dan dalam masa yang sama memerlukan rehat yang cukup bagi proses pemulihan selepas bersalin.
Tempoh berpantang adalah masa untuk ibu-ibu mengembalikan semula kesihatan dan tenaga yang hilang semasa proses melahirkan bayi. Penjagaan dan rawatan berpantang yang betul adalah penting untuk mengekalkan kesihatan mommy dalam jangka masa panjang kerana mommy dan wife adalah tonggak utama dalam kesejahteraan rumahtangga.
Saat ini juga adalah momen penting untuk membina hubungan intim dengan bayi yang baru dilahirkan, bukan setakat pada penjagaan dan penyusuan badan yang ekslusif, tetapi juga membina sahsiah dan peribadi murni dalam diri anak-anak melalui amalan doa dan zikir seawal usia baru dilahirkan. Ibu-ibu bukan sahaja dibantu dari aspek penjagaan diri seperti menyediakan mandian herba, berurut, bertungku, berbengkung, memakai param dan pilis, penyediaan makan dan minum, malah turut dibantu dalam aspek pengurusan bayi dan akan diajarkan doa-doa dari al-Quran dan Hadis-hadis Nabi untuk yang sesuai dibacakan untuk bayi serta doa-doa menghindar gangguan syaitan dan iblis.
Maz Beauty Solutions menyediakan rawatan dalam tempoh berpantang ini seperti:
- Urut Bersalin (Urut seluruh badan) - bermanfaat memulihkan otot-otot yang tegang dan memberikan masa ibu-ibu untuk menjalani terapi dalam keadaan relax. Ia dapat melancarkan peredaran darah dan mengurangkan keselesaan sakit tulang belikat kerana penyusuan bayi.
- Mandi Lulur atau Herba - memberikan kesegaran tubuh badan dan merangsang ketenangan minda dan jiwa di samping dapat menghilangkan bau badan yang tidak diingini dan kurang menyenangkan. Di samping itu juga, membuang sel kulit yang mati selepas bersalin.
- Bertungku - dapat membantu melancarkan peredaran darah dan memberikan kelegaan serta membantu pengeluaran darah nifas dengan lancar serta dapat membantu mempercepatkan proses pengecutan rahim.
- Tapel - memejalkan dan menguatkan oto-otot dan tisu-tisu abdomen selain mengembalikan kedudukan perut yang mengelebeh selepas bersalin.
- Bertangas - adalah mandi wap atau sauna yang membantu mommy2 untuk berpeluh dan mengeluarkan racun, mengecutkan faraj serta mengelakkan dari penyakit puan seperti keputihan, saluran rahim longgar dan prolaps.
- Berparam - menghangatkan badan terutama tnagan dan kaki supaya menggalakkan aliran darah ke kulit si mommy.
- Berpilis - campuran herba semulajadi bagi mommy yang sering mengalami sakit kepala, sukar tidur dan letih.
- Bengkung PERCUMA
- Infrared Ray PERCUMA
- Masker PERCUMA
Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila hubungi 012-7569943/ 0111-5387451 Sekarang!
spa desa mentari,Maz Beauty Solutions,Rawatan spa,pakej rawatan pengantin,Promosi spa pengantin 2014,urutan tradisional,rawatan muka,rawatan muka collagen,rawatan badan, lulur badan, masker badan,rawatan resdung,Rawatan seri wajah,rawatan kuku,spa kaki,urutan kaki,urutan tradisional,urutan aromaterapi,urutan slimming,rawatan pencerahan kulit wajah,Rendaman kaki Pengantin,Produk spa Safahherbs.






0 comments:
Post a Comment